Thursday, 29 September 2011

10 Prinsip Utama Untuk Kejayaan Hidup Dengan Makanan Rendah Karbohidrat (Prinsip No 6)

Prinsip #6 - Apabila Anda Menambah Kembali Makanan Berkarbohidrat, Tambah Hanya Satu Jenis Makanan Pada Satu Masa Dan Lihatlah Dulu Reaksinya Pada Tubuh Anda


Salah satu kesan baik bagi yg tidak disangka-sangka oleh kebanyakan pengguna-pengguna SD2 adalah kesan buruk makananyg mereka alami selama bertahun-tahun sudah mula hilang. Kesan ini bukan berkenaan berat badan tetapi kesan yg ketara seperti kerap pening kepala, alahan, kesan radangan atau kegatalan, kulit kering atau tidak bersih serta berbagai-bagai masalah seperti sakit sendi badan sudah mula hilang.


Kesan baik ini berlaku kerana PEMAKANAN RENDAH KARBOHIDRAT SECARA SEMULAJADI akan membatasi makanan yg menyebabkan kesan sensitif atau alahan makanan yg kita tidak ketahui termasuk juga jenis makanan yg menyebabkan kesan radangan dan sakit sendi badan (selalunya dari jenis bijirin dan juga sebahagian dari minyak sayuran omega - 6 yg telah disaring)


Apabila anda sudah menambah makanan berkarbohidrat kembali dalam menu makanan anda, jangan la lakukan secara tergesa-gesa atau secara 'rojak'. Perhatikan apakah jenis makanan yg anda tambah, lakukan 1 jenis kelompok makanan pada satu masa dan lihat kesannya dahulu pada badan anda. Jika anda sudah mula merasakan badan anda tidak selesa, merasa semakin teruk atau penyakit lama datang semula, maka jenis makana tersebut memang tidak sesuai untuk anda dan asingkan sepenuhnya dari menu makanan anda pada masa akan datang.


Kita kena faham bahawa ada jenis-jenis makanan yg mmg tidak sesuai dengan tubuh kita dan boleh mengetahuinya dgn cara begini.

No comments:

Post a Comment