Thursday, 29 September 2011

10 Prinsip Utama Untuk Kejayaan Hidup Dengan Makanan Rendah Karbohidrat (Prinsip No 3)

Prinsip #3 - Carilah Batas Karbohidrat Yang Sesuai Untuk Tubuh Anda Sendiri


Kebiasaannya semasa berdiet dgn SD2, cadangan jumlah KARBOHIDRAT untuk 1 HARI ialah 35gm bagi mencetuskan KETOSIS (PROSES PEMBAKARAN LEMAK SECARA SEMULAJADI). Kadar karbohidrat yang kite makan pada tahap ini dipanggil KADAR KARBOHIDRAT YANG KRITIKAL UNTUK PENURUNA BERAT BADAN a.k.a CRITICAL CARBOHYDRATE LEVEL OF LOSING (CCLL).


CCLL ni berbeza untuk setiap individu bergantung kepada kadar kesihatan metabolisma seseorang. Kadar CCLL yang diperlukan oleh badan kite bergantung kepada:


a) Bagaimanakah tahap halangan metabolisma badan kite
b) Berapa banyakkah berat badan yang kite perlu turunkan
c) Perasaan kite sama ada dalaman atau luaran untuk setiap limit karbohidrat 
    yang kita ambil
d) Sama ada strategi atau program yang kite lakukan berjaya untuk kita atau 
    tidak


Saranan di sini adalah, mulakan dengan pengambilan 35gm karbohidrat sehari pada 2 minggu pertama berdiet dgn SD2. Gunakan kadar ini sebagai garis dasar untuk menentukan sama ada kita perlu mengurangkan lagi kadar tersebut atau badan kita masihboleh menerima lebih banyak lagi kadar karbohidrat dimana proses ketosis masih tetap berlaku .


Oleh sebab itu, kita tak boleh MENIRU cara orang lain melakukan program badan ini kerana badan kita berbeza-beza dan tahap CCLL kita juga berbeza-beza








No comments:

Post a Comment