Kebanyakan dari program diet kawalan rendah karbohidrat sangat mencadangkan pemakanan yang sangat terbatas pada tempoh 2 minggu pertama berdiet atau apa yang dinamakan fasa induksi. Ini bertujuan untuk menggerakkan enjin pembakaran lemak anda secepat mungkin dan menghilangkan ketagihan karbohidrat serta tabiat buruk pemakanan yang merangsang peningkatan gula didalam darah secara mendadak.
Limitkan pemakanan anda dengan mengambil tidak lebih dari 20gm karbohidrat sahaja setiap hari. Jika anda masih belum pandai mengira kandungan karbohidrat makanan, dalam tempoh waktu ini anda boleh mengambil makanan berikut untuk menu makanan anda:
- Makanlah sebanyak mana yang anda perlukan dari jenis daging, ikan dan ayam atau unggas
- Makanlah sebanyak mana sayur-sayuran yang anda perlukan
- Makanlah sebanyak mana lemak yang sihat seperti butter, avocado, minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak ikan
- Elakkan memakan kentang, nasi, pasta, roti, cereal, biskut, mee, kuih-muih dan lain-lain makanan dari tepung serta berkanji
- Elakkan segala jenis bijiran
- Elakkan segala jenis gula
- Elakkan segala jenis tenusu
- Elakkan segala minuman bergula serta beralkohol
- Elakkan segala jenis buah-buahan yang tidak disebut sebelum ini
Jenis masakan bukan pantang asalkan anda tidak bubuh gula atau karbohidrat seperti tepung jagung didalam masakan tersebut.
Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari dan tambahlah lagi 30 ml air setiap 10kg berat anda yang berlebihan dari berat idaman anda.
Jika anda perlukan sukatan yang lebih terperinci, bolehlah mengambil sebanyak 120 gm makanan berprotien setiap kali makan dan minyak atau butter sebanyak 4 sudu besar sehari.
Ambillah makanan seperti ini pada 2 minggu pertama beserta SD2 dan lihatlah perubahannnya pada tubuh anda.
No comments:
Post a Comment