Prinsip #4 - Selepas 2 Minggu Pertama, Bolehlah Menambah Makanan Berkarbohidrat Sedikit Demi Sedikit Selagi Tidak Mengganggu Penurunan berat Anda
Selepas penurunan yang banyak secara tiba-tiba pada 2 minggu pertama berdiet, maka penurunan berat badan akan mula stabil dan anda mungkin hanya akan dapat menurunkan berat dalam putara 1.5KG seminggu pada minggu-minggu berikutnya. KENAPA?!!
Sesetengah orang mendapati bahawa mereka terpaksa tetap berdiet mengikut fasa induksi untuk mendapat penurunan berat sebanyak itu, TETAPI kebanyakkan orang lain sudahboleh mula menamah sedikit demi sedikit 'MAKANAN TERLARANG' pada fasa selanjutnya.
Kebanyakan program-program diet RENDAH KARBOHIDRAT yang ada dipasaran bersetuju dengan konsep menambah makanan karbohidrat ini dan hanya berbeza pendapat tentang jenis makanan apakah yang perlu diambil dan berapakah kadar yang boleh diambil. Pada tahap ini, anda bolehlah melakukan program yang khusus dan sesuai untuk diri anda.
Apabila anda sudah mula melakukan pengkhususan ini, anda perlu selalu memantau tentang apakah perasaan anda, berat anda dan berdasarkan faktor tersebut maka tentukanlah jenis-jenis makanan yang anda angin ambil semula beserta kuantiti yang bersesuaian dgn keperluan anda
No comments:
Post a Comment