Sunday, 2 October 2011

Apakah yg perlu saya lakukan jika merasa pening kepala dan keletihan kerana kurang pengambilan gula semasa berdiet SD2 ?

Sebenarnya tidak semua orang merasa begini ketika berdiet dengan SD2. Selalunya, jika anda pening kepala ketika berdiet dgn SD2, ini adalah disebabkan kita sudah berlapar dan kurang mengambil makanan. Oleh itu, pastikan anda SENTIASA KENYANG semasa berdiet dan simptom ini akan hilang dengan sendirinya.

Namun begitu, ada juga sesetengah orang yang mempunyai badan yg sensitif dan merasa pening kepala kerana kekurangan gula walaupun sudah kenyang. Dalam fasa induksi, ada juga beberapa % dari mereka yg berdiet merasa pening kepala, keletihan, kekejangan atau ketidakselesaan yang lain. Keadaan ini mungkin disebabkan badan anda mengalami fasa peralihan dan penyesuaian diri dengan menu makanan yang baru. Jika anda melalui keadaan ini dengan sabar,selalunya kesan seperti ini akan hilang dalam tempoh empat hingga lima hari sahaja. Apabila badan sudah mula membakar lemak sepenuhnya, badan anda akan bertenaga semula dak kesan ini akan hilang sepenuhnya.

Namun begitu, jika kesannya agak terlampau, maka anda boleh melakukansatu program secara beransur-ansur mengikut kesesuaian badan anda. Oleh itu, cuba tambah manu sayur2an serta buah2an jenis barries lebih dari biasa di dalam makanan anda untuk beberapa hari. Apabila kesan yang anda hadapi itu hilang, makan anda perlu mengurangkan semula kadar karbohidrat yg anda ambil ke tahap 20gm net karbohidrt sehari (untuk limit dalam fasa induksi).

Pastikan anda juga minum air yang cukup dan mengambil suppliment tambahan untuk menambah mineral dalambadan anda seperti magnesuim, calsium dan potassium. Boleh juga mengambil light salt atau fruit salt di dalam segelas air suam dan anda akan kembali segar semula.

No comments:

Post a Comment