Saya tidak pernah jumpa seorang penulis tentang diet rendah karbohidrat ini yang mencadangkan atau bermaksud diet ini adalah diet no-carb atau diet yang tidak boleh mengambil apa-apa karbohidrat lansung. Orang yang menulis tentang protien diet pun tidak memahami bahawa diet ini tidak sama dengan diet rendah karbohidrat dan pada hakikatnya protien diet ini tidak wujud langsung kerana anda memang tidak dapat mengelak sedikit sebanyak memakan makanan berkarbohidrat didalam makanan anda.
Diet rendah karbohidrat sebenarnya menghadkan pengambilan karbohidrat berlebihan, yang kadangkala mungkin agak rendah (terutama sekali didalam fasa induksi) tetapi tidak pernah sampai mengatakan tidak ada langsung karbohidrat dan fasa induksi itu juga tidak bermaksud untuk selama-lamanya.
Anda sentiasa boleh mengambil sayur-sayuran dimana sayur-sayuran juga mengandungi kandungan karbohidrat yang berbeza-beza kuantitinya. Walaupun pada tahap fasa induksi yang terlalu ketat, anda sentiasa boleh mengambil sedikit karbohidrat (diantara 20 gm ke 30 gm sehari) dan ini memang boleh dinaikkan lagi kefasa berdiet yang selanjutnya.
Ingatlah karbohidrat bukanlah musuh anda. Jika anda sudah bijak mengawal makanan karbohidrat anda, anda boleh menikmati apa sahaja makanan berkarbohidrat dan pada masa yang sama anda boleh mengekalkan berat idaman anda sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment