Sunday, 2 October 2011

10 Prinsip Utama Untuk Kejayaan Hidup Dengan Makanan Rendah Karbohidrat (Prinsip No. 9)

Prinsip #9 - Jangan Tidak Mempedulikan Kalori (Terutama sekali jika sudah lama berdiet)


Oleh kerana kebanyakan diet rendah karbohidrat yang polular tidak memerlukan pengiraan kalori, banyak orang telah menyalah ertikan bahawa pengiraan kalori adalah tidak penting.


Ini berkalu kerana kurangnya penekanan terhadap pengiraan nilai kalori dan jug akebanyakan golongan berdiet ini percaya bahawa kitaran hormon (terutamanya insulin dan glukagon) lebih penting kesannya untuk penurunan berat badan. 


Ini tidak bermakna kalori tidak penting langsung terutama sekali apabila anda sudah lama berdiet. Mengira kalori juga penting jika kita faham fungsinya dengan betul untuk diet rendah karbohidrat. Kebanyakan diet rendah karbohidrat tergendala atau menjadi perlahan, walaupun mereka memakan makanan yg betul, tetapi kerana mereka makan terlalu banyak makanan tersebut.


Pada tahap ini, memantau pengiraan kalori adalah sangat berguna untuk anda. Walaupun kita perlu menekankan bahawa setiap individuadalah berbeza dan perlu  mencari tahap kalori masing-masing untuk menurunkan berat badan, namun begitu secara umumnya wanita boleh menurunkan berat badan dengan memakan 1,200 hingga 1,300 kalori setiap hari dan lelaki pula diantara 1,500 hingg 1,600 kalori sehari.


Akan sampai satu tahap ketika anda berdiet rendah karbohidrat dimana adalah menjadi lebih lebih berkesan kepada penurunan berat badan untuk anda mengetahui berapa kalorikah yg anda makan setiap hari supaya anda boleh melakukan penyesuaian tentang jumlah makanan yg anda perlukan untuk penurunan berat yg berterusan.


Pengiraan kalori menjadi penting jika berat sudah turun perlahan

No comments:

Post a Comment