Sunday, 1 April 2012

JANGAN BELI PRODUK BERJENAMA LOW-FAT ATAU FAT FREE

Pada waktu ini kita sudah boleh mendapatkan makanan yang berlebel low-fat atau fat-free dimana-mana sahaja tetapi kita harus berhati-hati kerana makanan jenis ini sebenarnya adalah jenis makanan yang sudah diproses. Walaupun rendah lemak tetapi ianya sarat dengan gula dan sirap jagung tinggi fruktosa.

Makanan jenis ini sebenarnya akan meningkatkan kadar insulin, akan menyebabkan anda setiasa merasa lapar selepas memakannya dan inilah yang mencetuskan kenaikan berat badan. Makanan yang bebas lemak juga secara negatifnya memberi impak kepada kadar kolesterol anda dimana ia akan meningkatkan kadar triglycerides dan merendahkan kadar kolesterol yang baik (C-HDL). Kedua-duanya akan memberikan akibat buruk kepada kesihatan jantung anda dan ini adalah diantara sebab kenapa makanan ini bukan sepatutnya menjadi pilihan makanan seharian anda.

No comments:

Post a Comment