Sunday, 1 April 2012
INFO UNTUK KITA BERKONGSI BERSAMA
BAGAIMANAKAH KEGEMUKKAN TERJADI?
Apabila anda makan berlebihan karbohidrat, tubuh anda akan merubahnya menjadi glukosa. Kemudian glukosa ini akan dibawa melalui aliran darah menuju sel-sel dalam tubuh. Namun, kerana molekul glukosa tidak boleh menembusi dinding sel maka diperlukan bantuan insulin untuk mengekalkan glukosa tetap berada dalam sel. Di dalam sel, glukosa diubah menjadi lemak dan disimpan di dalam bentuk sel-sel lemak.Tingginya kadar insulin tubuh merupakan indikasi bahawa glukosa tidak digunakan dengan betul oleh badan. Pada akhirnya, lebih banyak glukosa yang diubah menjadi lemak dan disimpan di dalam sel-sel tubuh. Seterusnya, insulin menghalang perpecahan lemak di dalam sel-sel tersebut, yang kemudian menggalakkan pertambahan berat badan.
BAGAIMANAKAH BADAN MEMBAKAR LEMAK?
Apabila anda kurang makan karbohidrat,kandungan gula dalam darah akan kurang dan pengeluaran insulin juga akan berkurangan. Pada masa ini,badan anda yang biasanya memproses glukosa sebagai tenaga akan beralih kepada lemak-lemak yang tersimpan dalam tubuh dan menukarkannya kepada tenaga. Proses ini dinamakan ' Critical Carbohydrate Level of Losing ( CCLL )' iaitu bilangan maksimum jumlah karbohidrat sehari yang seseorang dibenarkan makan dan masih terus kehilangan berat badan. Makan berlebihan karbohidrat menyebabkan penurunan berat badan lambat atau menghentikan penurunan atau berat badan bertambah. Proses ini (CCLL) hanya berlaku jika anda tidak berlapar dan hanya mengambil jumlah karbohidrat yang dibenarkan..
JANGAN BELI PRODUK BERJENAMA LOW-FAT ATAU FAT FREE
Pada waktu ini kita sudah boleh mendapatkan makanan yang berlebel low-fat atau fat-free dimana-mana sahaja tetapi kita harus berhati-hati kerana makanan jenis ini sebenarnya adalah jenis makanan yang sudah diproses. Walaupun rendah lemak tetapi ianya sarat dengan gula dan sirap jagung tinggi fruktosa.
Makanan jenis ini sebenarnya akan meningkatkan kadar insulin, akan menyebabkan anda setiasa merasa lapar selepas memakannya dan inilah yang mencetuskan kenaikan berat badan. Makanan yang bebas lemak juga secara negatifnya memberi impak kepada kadar kolesterol anda dimana ia akan meningkatkan kadar triglycerides dan merendahkan kadar kolesterol yang baik (C-HDL). Kedua-duanya akan memberikan akibat buruk kepada kesihatan jantung anda dan ini adalah diantara sebab kenapa makanan ini bukan sepatutnya menjadi pilihan makanan seharian anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)