Wednesday, 2 November 2011

UBAT-UBATAN YANG MENGGANGGU PENURUNAN BERAT BADAN

Jika anda mengambil SD2 ataupun apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan maka jangan lupa melihat bahan-bahan yang terkandung dalam ubat-ubatan tersebut.

Di antara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan ialah:-


  1. Antidepressants, terutamanya dalam kategori SSRI (selective serotonim reuptake inhibotprs)              SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan.
  2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therepies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibatkan keniakan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang di ambil akan mengakibatkan penguasaan estrogen di dalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan berat badan.
  3. Ubat untuk penyakit darah tinggi. Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.

Minta nasihat doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan di atas termasuk juga STEROIDS, NSAIDs, dan STATINS yang juga boleh menghalang penurunan berat badananda ketika berdiet. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA

No comments:

Post a Comment