Saturday, 1 October 2011

10 Prinsip Utama Untuk Kejayaan Hidup Dengan Makanan Rendah Karbohidrat (Prinsip No 7)


10 Prinsip Utama Untuk Kejayaan Hidup Dengan Makanan Rendah Karbohidrat (Prinsip No 7)


Walaupun mungkin anda merasa sukar untuk mencapai berat idaman anda,tetapi itu sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yg paling mencabar dalam proses berdiet ini. Percayalah apa yg saya beritahu ini perkara YG PALING MENCABAR dalam proses berdiet ini ialah apabila anda memasuki fasa MENGEKALKAN BERAT BADAN IDAMAN yg telah anda capai.

Seseorang yg akan menurunkan berat badan selalu bertanya "ADAKAH SAYA PERLU MAKAN DGN CARA INI SEUMUR HIDUP SAYA?" Orang sebegini selalunya sanggup bersabar untuk cepat2 dapat menurunkan berat badan dan kemudian mereka dapat makan semula apa yg mereka ingini seperti dulu. Maka,ini adalah satu2 nya jalan untuk JADI GEMUK SEMULA!

Anda perlu melihat dengan cara bahawa fasa penurunan berat badan itu sebagai satu PENDIDIKAN CARA PEMAKANAN untuk mengekalkan berat idaman anda.Strategi yg anda ambil untuk menurunkan berat badan samalah seperti seorang ahli sukan yg menyediakan diri untuk pertandingan; kerana ianya adalah lebih sukar dan lebih mencabar apabila anda sedang bertanding (pengekalan berat badan).

Jadi, apakah jawapan bagi soalan di atas tersebut? Jawapan nya adalah "TIDAK!". TETAPI, anda sudah tentunya makan dengan cara yg berlainan dengan cara yg anda makan dahulu. Jika anda berfikir bahawa anda boleh makan dengan carfa yg sama seperti semasa anda GEMUK dahulu,sudah tentulah anda seorang yg tidak waras.

Cara pemakanan anda mukan tidak perlu terlalu ketat,tersusun dan sangat disiplin spt ketika anda di dalam fasa PENURUNAN BERAT BADAN tetapi anda perlu faham bahawa anda perlu SENTIASA BERWASPADA UNTUK MENGHALANG DIRI ANDA DARIPADA NAIK KEMBALI ...

No comments:

Post a Comment